Selasa, 18 Mac 2014

pengalaman mengajar kita erti kehidupan sebenar

cinta itu suci walaupun kadang kala kita sakit kerana cinta,tapi tetap indah ketika dicintai ataupun mencintai kerana itu adalah lumrah kehidupan manusia.itulah perasaan yang sedang aku rasakan kini bertapa sakit melihat orang yang aku cintai itu mencintai orang lain.suatu masa dahulu dia pernah menjadi miliku tapi aku sia-siakan kerana takut dengan kutukan orang,tapi kini aku kehilangan orang yang aku paling sayang dan seseorang yang sangat memahami aku.betul pepatah dahulu berkata"bila ada di persia-siakan kini hilang tercari-cari"kadang kala kita rasa kita ni tak sempurna seperti orang lain atau tiada kebolehan yang boleh dihargai dan di sanjungi tapi sebenarnya itu semua ada pada diri sendiri cuma tidak sedar atas kurnian maha berkuasa.orang yang aku cintai sekarang sedang bahagia kini aku sedang menanggung kesakitan atas kesilapan aku yang melepaskannya pergi mencari kasih yang lain.setiap malam aku berdoa agar si dia hidup bahagia dengan kasih hatinya,dan aku meminta agar pintu hatiku ini dapat di buka dan diisi dengan kasih sayang yang baru agar bisa melupakan kasih yang lama dan biarkan itu menjadi sejarah silam cintaku yang dulu.setelah 3 tahun merasa penderitaan ini akhirnya pintu hatiku terbuka untuk seseorang.ketika itu aku rasa sakit dihati ini bagai di rawat dan di belai dengan kasih sayang.kekasih hatiku memutuskan untuk berkahwin denganku selepas tamat pengajian.genap sebulan kami berkahwin dalam kebahagian yang mungkin tak dapat di beli dengan wang ringgit tiba-tiba menimpa satu khabar buruk iaitu orang tuaku terlibat dalam kemalangan.waktu itu aku rasa bagaikan jantung dicabut dan diambil,rasa sedih dan peritnya kehilangan orang tuaku yang ku sayangi dan tempat bergantung dikala suka dan dukaku.kekasih hatiku memberi aku semangat dan ketabahan untuk menempuh dugaan ini bersama-sama.ketika itu aku redhakan semuanya mungkin ini sudah tersurat ketentuan maha berkuasa.aku meneruskan kehidupan aku bersama kekasih hatiku ini.akhir tahun ni ulang tahun perkahwinan kami. aku ingin memberi hadiah yang istimewa pada istimewa malam tu.kekasih hatiku terkejut dan tidak menyangkakan malam itu yang aku hendak beritahu kepada dia yang aku menggandung dang dia bakal menjadi seorang bapa.malam itu dia sungguh gembira hingga menitis air matanya.aku di jaga rapi oleh si dia.genap 9 bulan dan aku melahirkan cahaya mata untuk kekasih hatiku ni dengan selamat.inilah bukti cinta kami berdua.kami tidak menyangka dapat cahaya mata kembar.kami bersyukur kena maha berkuasa kurniakan harta yang tidak ternilai bagi kami.kekasih hatiku memberi nazirah dan nazifah.kehidupan aku kini terasa lengkap dengan kehadiran nazirah dan nazifah.inilah ceritaku yang aku boleh kongsikan kepada semua agar menjadikan ianya sebagai pengajaran.cinta itu sakit jika kita tidak ikhlas atuapun sebaliknya tapi cinta yang sejati dan suci akan berkekalan hingga keakhir hayat itulah yang akan menjadi penawar di dalam kesakitan sebenarnya.